Adakalanya perjalanan hidup ini begitu pelik dan
melelahkan. Kadang-kadang hal yang diharapkan, berbenturan dengan kenyataan.
Orang menganggapnya sebagai takdir. Sebenarnya, di situlah perasaan bermakna,
salah satunya adalah cinta. - ANJUNG RINDU @ ALIA ZARA terbitan SR Publication.
Tinta Penulis
ANJUNG RINDU merupakan
novel pertama saya bersama SR Publication dan ini merupakan sebuah kisah
percintaan Madd I Z dan Zsa Zsa Bella yang terperangkap di dalam kebencian, dendam serta persengketaan. Madd I Z ingin hentikan
semua persengketaan. Segalanya bukan kehendak mereka. Baginya, mereka berdua masih
ada hubungan kekeluargaan. Mereka dari keturunan yang sama dan berkongsi nenek
moyang yang sama.
Kadang-kadang hal yang diharapkan berbenturan dengan
kenyataan. Orang menganggapnya sebagai takdir dan di situlah perasaan bermakna,
salah satunya adalah cinta. Apa yang dialami Madd I Z memang biasa, terjadi
pada manusia umumnya. Tetapi ini menjadi luar biasa, ketika ia merasa bahawa
dirinya bagai pungguk merindukan bulan.
Sebenarnya, Zsa Zsa Bella inginkan penjelasan tentang
hubungan mereka, betapa perihnya dia harus berjalan di atas kerikil yang tajam.
Dia inginkan langkah yang terarah, memiliki tujuan sehingga dia dapat berpegang
kuat pada tekadnya, saat badai menggoncang keyakinannya.
Untuk itu, sekiranya terdapat salah dan silap
atau mengguris hati sesiapa yang secara kebetulan ada persamaan, saya mohon
maaf kerana cerita ini hanyalah rekaan
semata-mata.
Sekian dan terima kasih buat kalian
tersayang.
Alia Zara @ Zara Aluwi

No comments:
Post a Comment