Tuesday, May 1, 2018





KONFLIK 1 - ANJUNG RINDU @ ALIA ZARA
Sebagai seorang blogger, Zsa Zsa Bella tidak melepaskan peluang mengabadikan objek-objek menarik dengan kameranya. Keasyikan itu telah menyebabkan dia dan Sophia terpisah dari kumpulan mereka. Ketika menunggu teksi, Zsa Zsa Bella terjatuh, kerana dilanggar oleh seorang lelaki dan memarahinya. Lelaki yang berdandan ala Harajuku kebingungan.
Semasa mengiringi Puan Maria di Avenue of Stars, Zsa Zsa Bella ketemu kembali lelaki yang berfesyen rambut burung kakak tua. Dia sangat menyampah dan meluat pada fesyen dandanan berkenaan. Apa lagi, Sophia menambahkan rencah pada sakat yang dikenakan kepada Zsa Zsa Bella. Puan Maria perkenalkan Madd I Z dan Yazer, dua lelaki berfesyen Harajuku kepada Zsa Zsa Bella dan Sophia. Sakit telinga Madd I Z apabila dikatakan fesyen rambutnya macam bulu burung kakak tua. Zsa Zsa Bella menyarankan Yazer pilihan untuk Sophia kerana memiliki fesyen dandanan yang sama.
Semasa lawatan di Madame Tussauds Zsa Zsa Bella memeluk tengkuk patung lilin banduan manakala Sophia merakam video. Zsa Zsa Bella menjerit apabila kepala patung lilin berkenaan tertunduk. Dia geram kerana ditipu oleh Madd I Z dan berhasrat untuk membalas. Di Hong Kong Disneyland, sekali lagi helah Madd I Z menipu berjaya. Giliran Zsa Zsa Bella memainkan peranannya di Space Mountain. Dia pura-pura terjatuh dan tidak dapat berjalan. Madd I Z terpaksa mencempung Zsa Zsa Bella sehingga ke Istana Sleeping Beauty. Di situasi inilah mereka membuat perjanjian.
Zsa Zsa Bella mencabar Madd I Z supaya tidak menukar fesyen rambut. Madd I Z mengenakan syarat. Zsa Zsa Bella bersetuju. Madd I Z pegang kata-kata Zsa Zsa Bella. Bila-bila dia perlukan kawan, Zsa Zsa Bella kena bersedia. Semasa melawat di Hong Kong Convention & Exhibition Centre, Madd I Z menyarungkan sebentuk cincin ke jari Zsa Zsa Bella sebagai memeterikan perjanjian persahabatan.
Di hari terakhir di bumi Hong Kong, Zsa Zsa Bella menghadiahkan Madd I Z seutas rantai tangan platinum. Madd I Z meminta Zsa Zsa Bella menunggunya di Melaka tanpa bertanyakan alamat penuh Zsa Zsa Bella.
Masa berlalu dan di dalam diam, Madd I Z lari dari mesyuarat dan sanggup tinggalkan pejabat lalu berkunjung ke Melaka. Apabila Melaka River Cruise memulakan pelayaran, dan Madd I Z memulakan rakaman videonya. Sekali pandang dia terlihat seorang wanita berdiri di anjung, seperti Zsa Zsa Bella.
 Zsa Zsa Bella mendapat perlawaan dari syarikat pelancongan New Zealand atas kerjasama syarikat AirAsia. Alangkah terperanjatnya dia apabila ‘Izz’ yang dimaksudkan adalah Madd I Z. Insan yang cuba dielakkan bertemu namun jodoh pertemuan itu tetap ada.
Madd I Z tidak mahu wajahnya ada terpapar di dalam blog Zsa Zsa Bella. Dia bimbang keluarganya akan mengetahui. Madd I Z berjanji, tidak akan mengahwini Damia Qistina. Pulang nanti, dia akan berterus terang. Dia bimbang akan keselamatan Zsa Zsa Bella. Setelah apa yang diceritakan oleh Zsa Zsa Bella mengenai persengketaan keluarga mereka. Mana mungkin dia ingin membiarkan kekasih hatinya dianiaya. Dia tetap akan mempertahankan. Dia ingat akan perjanjian Hong Kong mereka. Di New Zealand Madd I Z mendapat ‘lampu hijau’ untuk memotong rambutnya.
Perubahan ketara setelah Madd I Z pulang dari New Zealand. Dia semakin rapat dengan Damia Qistina. Zsa Zsa Bella tegar atas apa yang terjadi kerana dia sayangkan Madd I Z. Apa saja yang membuatkan Madd I Z bahagia, dia pasti akan ikut bahagia. Walaupun dia yang akan sakit sendiri. 





Inilah buah Lakum. Pokok Lakum ni, hidup menjalar di belukar terutama di kawasan tepi sungai. Buahnya boleh juga dimasukkan ke dalam masakan asam pedas untuk memberi rasa masam. Ianya juga boleh digunakan untuk merawat kudis atau bisul. Caranya dengan mengasah ubi tersebut pada belakang pasu dan campurkan dengan sedikit air. Kemudian disapu pada bahagian yang sakit dan dibiarkan kering. Buah lakum yang berwarna hitam juga boleh dijadikan umpan pancing ikan sungai.

Nota: Cuci tangan setelah memegang buah lakum bagi mengelakkan tangan terkena getah dan gatal-gatal.