KONFLIK 1 - ANJUNG RINDU @ ALIA ZARA
Sebagai seorang blogger, Zsa Zsa Bella
tidak melepaskan peluang mengabadikan objek-objek menarik dengan kameranya.
Keasyikan itu telah menyebabkan dia dan Sophia terpisah dari kumpulan mereka. Ketika
menunggu teksi, Zsa Zsa Bella terjatuh, kerana dilanggar oleh seorang lelaki dan
memarahinya. Lelaki yang berdandan ala Harajuku
kebingungan.
Semasa mengiringi Puan Maria di Avenue of
Stars, Zsa Zsa Bella ketemu kembali lelaki yang berfesyen rambut burung kakak
tua. Dia sangat menyampah dan meluat pada fesyen dandanan berkenaan. Apa lagi, Sophia
menambahkan rencah pada sakat yang dikenakan kepada Zsa Zsa Bella. Puan Maria
perkenalkan Madd I Z dan Yazer, dua lelaki berfesyen Harajuku kepada Zsa Zsa Bella dan Sophia. Sakit telinga Madd I Z
apabila dikatakan fesyen rambutnya macam bulu burung kakak tua. Zsa Zsa Bella
menyarankan Yazer pilihan untuk Sophia kerana memiliki fesyen dandanan yang
sama.
Semasa lawatan di Madame Tussauds Zsa Zsa
Bella memeluk tengkuk patung lilin banduan manakala Sophia merakam video. Zsa
Zsa Bella menjerit apabila kepala patung lilin berkenaan tertunduk. Dia geram
kerana ditipu oleh Madd I Z dan berhasrat untuk membalas. Di Hong Kong
Disneyland, sekali lagi helah Madd I Z menipu berjaya. Giliran Zsa Zsa Bella
memainkan peranannya di Space Mountain. Dia pura-pura terjatuh dan tidak dapat
berjalan. Madd I Z terpaksa mencempung Zsa Zsa Bella sehingga ke Istana
Sleeping Beauty. Di situasi inilah mereka membuat perjanjian.
Zsa Zsa Bella mencabar Madd I Z supaya
tidak menukar fesyen rambut. Madd I Z mengenakan syarat. Zsa Zsa Bella
bersetuju. Madd I Z pegang kata-kata Zsa Zsa Bella. Bila-bila dia perlukan
kawan, Zsa Zsa Bella kena bersedia. Semasa melawat di Hong Kong Convention
& Exhibition Centre, Madd I Z menyarungkan sebentuk cincin ke jari Zsa Zsa
Bella sebagai memeterikan perjanjian persahabatan.
Di hari terakhir di bumi Hong Kong, Zsa
Zsa Bella menghadiahkan Madd I Z seutas rantai tangan platinum. Madd I Z meminta Zsa Zsa Bella
menunggunya di Melaka tanpa bertanyakan alamat penuh Zsa Zsa Bella.
Masa berlalu dan di dalam diam, Madd I Z
lari dari mesyuarat dan sanggup tinggalkan pejabat lalu berkunjung ke Melaka. Apabila
Melaka River Cruise memulakan pelayaran, dan Madd I Z memulakan rakaman videonya.
Sekali pandang dia terlihat seorang wanita berdiri di anjung, seperti Zsa Zsa
Bella.
Zsa Zsa
Bella mendapat perlawaan dari syarikat pelancongan New Zealand atas kerjasama
syarikat AirAsia. Alangkah terperanjatnya dia apabila ‘Izz’ yang dimaksudkan
adalah Madd I Z. Insan yang cuba dielakkan bertemu namun jodoh pertemuan itu
tetap ada.
Madd I Z tidak mahu wajahnya ada terpapar di dalam
blog Zsa Zsa Bella. Dia bimbang keluarganya akan mengetahui. Madd I Z berjanji,
tidak akan mengahwini Damia Qistina. Pulang nanti, dia akan berterus terang. Dia
bimbang akan keselamatan Zsa Zsa Bella. Setelah apa yang diceritakan oleh Zsa
Zsa Bella mengenai persengketaan keluarga mereka. Mana mungkin dia ingin
membiarkan kekasih hatinya dianiaya. Dia tetap akan mempertahankan. Dia ingat
akan perjanjian Hong Kong mereka. Di New Zealand Madd I Z mendapat ‘lampu
hijau’ untuk memotong rambutnya.
Perubahan ketara setelah Madd I Z pulang dari New
Zealand. Dia semakin rapat dengan Damia Qistina. Zsa Zsa Bella tegar atas apa
yang terjadi kerana dia sayangkan Madd I Z. Apa saja yang membuatkan Madd I Z
bahagia, dia pasti akan ikut bahagia. Walaupun dia yang akan sakit
sendiri.
No comments:
Post a Comment